Frequently Asked Questions

Tuan/Puan perlu menghubungi pejabat kami segera untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut dari staff yang berkenaan.

Insya Allah, ia akan mengambil masa 2-3 hari berkerja jika tiada sebarang kueri dari pihak SSM.

Kami hanya mengenakan yuran kesetiausahaan syarikat RM780 setahun (RM65/Bulan) dan ia hendaklah dibayar sebelum kami memfail Penyata Tahunan Syarikat anda ke SSM.

Penyata Tahunan setiap syarikat mestilah diserah simpan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemerbadanan syarikat tersebut pada setiap tahun.

Syarikat tersebut dan semua Ahli Lembaga Pengarahnya akan tertakluk kepada penalti/compound dari pihak SSM.

Ya boleh. Jumlah minima pemegang saham adalah satu (samada individu atau korporat). Manakala jumlah minima pengarah adalah juga satu orang (individu sahaja dan bukannya korporat).

Pada pandangan kami jika sebuah perniagaan itu telah pun mencatat keuntungan bersih sebelum cukai melepasi RM200,000 setahun adalah digalakkan pemilik perniagaan tersebut menubuhkan Syarikat Sdn Bhd untuk perniagaannya.

Modal saham berbayar merujuk kepada jumlah dana pemegang saham. Menubuhkan sebuah Syarikat Sdn Bhd baharu di Malaysia memerlukan modal saham berbayar minimum RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu). Jumlah modal saham berbayar tersebut kemudiannya boleh ditingkatkan pada bila-bila masa selepas syarikat tersebut diperbadankan.

Sebagai sebahagian daripada terma dan syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran daripada Bank berkenaan untuk permohonan pinjaman perniagaan yang dikemukakan oleh Syarikat tersebut di mana syarikat tersebut dikehendaki meningkatkan modal saham berbayarnya.

Ianya juga sebagai salah satu syarat yang dikenakan oleh agensi-agensi kerajaan tertentu kepada mana-mana syarikat  yang ingin memohon berkaitan pelesenan dengan agensi-agensi kerajaan yang tersebut.

Modal saham syarikat boleh ditingkatkan samada melalui tunai atau selain dari tunai. Selain dari tunai bermaksud antara lainnya memindahkan aset persendirian pemegang saham kepada hak milik syarikat (Contoh: bangunan perniagaan milik pemegang saham dipindahkan kepada hak milik syarikat). Proses tersebut akan diuruskan oleh pihak Setiausaha Syarikat.

Jika pemegang saham berhasrat untuk meningkatkan modal saham berbayar syarikatnya secara tunai, mereka hendaklah menyuntiknya dari wang tunai milik peribadi pemegang saham tersebut. Wang dari hasil jualan syarikat telah pun menjadi aset hak milik syarikat. Pengeluaran atau pengambilan mana-mana aset syarikat untuk tujuan peribadi pemegang saham akan mencerminkan bahawa pemegang saham tersebut telah pun berhutang dengan syarikat beliau.

Pemegang saham (ahli) adalah pemilik legal syarikat dan mengamanahkan segala pembuatan keputusan perniagaan kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk melaksanakannya. Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk mengurus, menyelia dan melaksanakan hal ehwal operasi syarikat.

Untuk menjadi pengarah syarikat, seseorang individu mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak hilang kelayakan di bawah Seksyen 198 Akta Syarikat 2016.

Mereka mengarah, mengurus, menyelia dan melaksanakan hal ehwal pengurusan dan operasi syarikat  yang telah diamanahkan oleh para pemegang saham. Mereka juga mempunyai tugas pematuhan undang-undang ke atas peruntukan Akta Syarikat 2016 termasuk antaranya memastikan Penyata Kewangan Beraudit dan Penyata Tahunan Syarikat difailkan dalam tempoh  masa yang ditetapkan oleh pihak SSM. Kegagalan atau kelewatan memfail dokumen tersebut kesemua Ahli Lembaga Pengarah akan tertakluk kepada penalti dan kompaun oleh pihak SSM.

Semua Ahli  Lembaga Pengarah bertanggungjawab kepada semua pemegang saham dan mesti bertindak demi kepentingan terbaik para pemegang saham syarikat. Tambahan lagi, mana-mana pengarah tidak dilindungi oleh mereka yang telah melantiknya.

Pemegang saham ialah orang yang memiliki syarikat melalui pemilikan modal saham biasa (ordinary share capital). Sebuah syarikat boleh dimiliki oleh satu atau beberapa pemegang saham. Pemegang saham boleh terdiri samada individu atau syarikat.

Pengarah adalah orang yang bertanggungjawab ke atas operasi dan pengurusan hal ehwal syarikat. Dia akan menandatangani sebarang kontrak perniagaan, borang pembukaan akaun bank dan sebarang dokumen berkaitan perniagaan syarikat tersebut. Ahli Lembaga Pengarah dipilih oleh para pemegang saham. Sebuah syarikat di Malaysia boleh mempunyai satu atau beberapa pengarah.

Ya, boleh. Seorang pengarah boleh juga menjadi pemegang saham dan ini adalah perkara biasa dalam syarikat permulaan yang bersaiz perniagaan kecil dan sederhana.

Pemegang saham biasa syarikat diberikan beberapa hak antaranya kuasa mengundi, pemilikan saham, hak untuk memindahkan pemilikan saham, dividen, hak untuk memeriksa dokumen korporat dan hak untuk mendakwa atas perbuatan salah laku oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.

Jika perselisihan timbul antara para pemegang saham dan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah, peruntukan dalam Perlembagaan Syarikat (Company Constitution) yang akan menentukan hak Lembaga Pengarah dan pemegang saham majoritinya samada berhak atau tidak untuk memaksa mana-mana pengarah itu dikeluarkan. Jadi, jika berdasarkan semata-mata kepada peruntukan di dalam Akta Syarikat 2016, mana-mana pengarah boleh dipaksa keluar oleh pemegang saham. 

Jika mana-mana pemegang saham ingin meninggalkan syarikat, modah saham mereka mestilah dipindahkan atau dijual kepada pihak lain. Lembaga Pengarah akan hanya bertanggungjawab untuk menyelia pemindahan dan mengemas kini maklumat pemegang saham di Pejabat Berdaftar Syarikat (kebiasaannya di firma Setiausaha Syarikat) dan dalam buku daftar berkanun ahli.

Para pemegang saham boleh mengundi untuk memecat mana-mana pengarah daripada Lembaga Pengarah sebelum tempoh perkhidmatan mereka tamat, dengan atau tanpa sebab, melainkan syarikat tersebut mempunyai Lembaga Pengarah Berperingkat. Para pemegang saham kemudiannya boleh mengundi untuk menggantikan pengarah yang mereka telah keluarkan tersebut.

Di bawah Akta Syarikat Malaysia 2016, seseorang itu layak untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat apabila dia telah pun dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat atau menjadi ahli badan profesional yang ditetapkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seperti yang diterbitkan dalam warta itu.

Pada masa ini, badan yang telah ditetapkan ialah Institut Setiausaha dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA), Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak. dan Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS).

 

Related Articles

Accounting & Bookkeeping Services

Set Up A New Sdn Bhd Company

About Us

Incorporation Package Fees

Holistic Package Sdn Bhd
RM 1500 Limited Period
Pakej Lengkap. Tiada Kos Tersembunyi. Tidak Termasuk Yuran Setiausaha Syarikat Tahun Pertama.
Standard Package Sdn Bhd
RM 2200 All Seasons
Pakej Lengkap. Tiada Kos Tersembunyi. Tidak Termasuk Yuran Setiausaha Syarikat Tahun Pertama.
Standard Package Berhad
RM 3750 All Seasons
Pakej Lengkap. Tiada Kos Tersembunyi. Tidak Termasuk Yuran Setiausaha Syarikat Tahun Pertama.

Why Us?

  • Sentiasa mendengar dan memahami keperluan anda demi untuk mencapai impian dan matlamat anda.
  • Perkhidmatan yang profesional, cekap dan boleh dipercayai.
  • Kami adalah salah satu daripada hanya beberapa firma yang mengguna pakai aplikasi perisian komputer yang khusus dalam mengendalikan bidang kerja kesetiausahaan korporat dan perkhidmatan pengiraan cukai kami.
  • Kami menyediakan bilik persidangan yang kondusif untuk mengadakan mesyuarat syarikat anda pada bila-bila masa dengan bayaran yang sangat minima.
  • Bayaran perkhidmatan kami untuk menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd adalah antara yang terendah di Malaysia
  • Khidmat perundingan bila-bila masa dan sebutharga percuma.

Our Location

SEJAHTERA CORPORATE SERVICES SDN. BHD.

2746A Jalan Changkat Permata,

Taman permata, Hulu Kelang,

53300 Kuala Lumpur.

03 - 4106 6139 (3 Lines) 

013 - 2086 139  

 

 

Visitors Analysis

Malaysia 51.2% Malaysia
United States 39.9% United States
China 2.8% China

Total:

44

Countries
002656
Today: 13
Yesterday: 5
This Week: 42
Last Week: 64
This Month: 191
Last Month: 278
Total: 2,656